25 November 2008

Jom kita buat duit

20 November 2008

Cium anak pun boleh dapat pahala

Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama
orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis
takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.
Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat
syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah
kampung kesenangan, tiada masuk kedalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.

Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah
dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan
tidak diseksa di Akhirat kelak.

Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama. Barangsiapa
memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang
dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut
diperolehinya.

Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata;
“Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium.”
Sabda Nabi SAW; “Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi..”
Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia
memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat
berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka
barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi
Ismail.

Seorang lelaki bertanya;
“Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti? ”
Jawab baginda; “Berbaktilah kepada ibu bapamu.”
Kata lelaki itu lagi; “Ibu bapaku sudah tiada lagi.”
Sabda Nabi SAW; “Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak
terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu.”

Cara mengelakkan diri daripada tertipu di Internet (SCAM)

Oleh: Irfan Khairi


Dalam mengumpul kewangan dan menambahkan kekayaan, kita
bukan sahaja sepatutnya fikir bagaimana nak invest, bagaimana nak
jimat wang, bagaimana nak tambahkan pendapatan, dan sebagainya...
tetapi, kita perlu juga fikir bagaimana tidak mahu rugi/hilang/burn
wang kita...

Contoh:

* meminjam wang pada kawan, dan pinjaman tidak di bayar
(mungkin anda pernah terkena!)
* membuat pelaburan yang jelas merugikan (seperti beli rumah
untuk disewa di kawasan tiada permintaan)
* tertipu dengan program-program Inetrnet atau dikenali sebagai
SCAM

Tip saya kali ini, hendak kongsikan pada anda satu "formula" supaya
kita tidak rugi/hilang/burn duit kita pada SCAM (penipuan). Formula
ini berbunyi: NO SCAM!

N-O S-C-A-M

N bermaksud: NAME.

Siapakah nama di sebalik sesuatu pelaburan atau peluang perniagaan
tersebut. Sering kali, SCAM dilakukan oleh mereka yang suka
menyorokkan identiti mereka. Jadi, pastikan anda ketahui nama
sebenar dan juga maklumat peribadi siapakah yang mengendalikan
sesuatu pelaburan atau peluang menjana pendapatan itu.

O bermaksud: OVER PROMISE.

OVER PROMISE. Pelaburan atau peluang yang menjana pendapatan yang
diberikan adakah ianya over promising? Atau janji yang lebih-lebih
dan tak masuk akal? Ketahui bahawa menjana pendapatan yang lumayan
bukanlah perkara yang mudah. Mana ada goyang kaki, duit masuk
(melainkan bisnes menjahit). Kebanyakan SCAM akan menipu mangsa
dnegan cara membuat janji-janji manis berlebihan, atau OVER PROMISE!

S bermaksud: SEARCH.

Internet penuh dengan maklumat-maklumat. Dan maklumat di Internet
bersebar dengan pantas. Oleh itu, apa kata anda menggunakan
kekuatan Internet ini untuk membuat sedikit research. Anda perlu
membuat SEARCH atau CARIAN, terutamanya di Google.com. Masuk
http://www.Google.com dan lakukan research dengan cara type nama
pemilik program tersebut. Atau, typekan nama syarikat. Atau type
nama program atau sistem yang digunakan.

Dengan hanya menggunakan SEARCH di google, anda pasti akan
mengetahui banyak maklumat-maklumat seperti pelanggan tidak berpuas
hati, dan sebagainya. Cara ini amatlah efektif, tetapi, sayangnya,
ramai yang terjerat dalam SCAM, salah diri juga kerana tidak
melakukan research, dengan hanya menggunakan SEARCH di GOOGLE.COM!

C bermaksud: CONTACT.

Pastikan anda mempunyai contact details lengkap syarikat atau
perniagaan tersebut. Sekali lagi, mereka yang melakukan SCAM suka
menyorok dan berselindung. Jarang sekali mereka dedahkan alamat,
nombor telefon, cara hubungi, dan lain-lain. Sekiranya ada, apa
kata anda cuba hubungi secara offline untuk memastikan kewujudan
CONTACT details mereka. Ingat, wang anda dalam keadaan bahaya
sekiranya tertipu. Oleh itu, apa kata usaha lebih sikit supaya tak
terjerat!

A bermaksud: ASK.

Tanya orang ramai. Tanya kenalan-kenalan dan tanya juga pakar-pakar
industri! Jangan hanya tanya kenalan yang mempromosikan sesuatu
program tersebut, kerana mungkin mereka juga tertipu dengan SCAM.
Tanya orang lain juga supaya kita lebih banyak maklumat tentang
sesuatu program sebelum melaburkan our hard earned money! Islam
juga menggalakkan kita banyak bertanya untuk mendapat ilmu.
Pastikan anda mempunyai ilmu supaya tidak tertipu. Tanya - tanya
dan tanya lagi!

M bermaksud: MAKE SURE!

Pastikan anda melakukan kesemua di atas! Ulang kembali langkah
N-O-S-C-A-M sehingga anda 100% berpuas hati dan rasa selamat dengan
pelaburan anda. Sering kali mereka yang terjerat dengan SCAM,
sebenarnya, sebelum menyertai telah ada "rasa tak sedap hati".
Tetapi, sebabkan perasaan "ingin tahu" dan juga "cepat kaya"
memenangi diri, maka, kita pun tertumpas dengan janji-janji manis
SCAM.

Sekiranya anda tertipu dengan SCAM, bukan sahaja anda rugi
WANG. tetapi, anda juga akan rugi MASA dan USAHA anda dalam
memperolehi dan menjana wang tersebut! Dan yang penting juga, anda
akan rugi dan kehilangan keyakinan anda dalam memulakan perniagaan
dan pelaburan yang sebenar. Bila hilang keyakinan, self esteem akan
kurang, dan kita mula stress... harapnya tidak terjadi pada kita ok?
:)

Baca kembali NO SCAM di atas dan fikirkan. Kalaulah semua kita
ikuti langkah-langkah ini, insyaallah tiadalah yang terjerat dengan
SCAM-SCAM yang berlaku keliling kita.

Bagi anda yang pernah terkena SCAM (harapnya tidak ramai lah dari
pembaca blog saya:)), apa kata anda rujuk semua di atas dan cuba
jawab point-point di atas. Adakah anda melakukan segalanya sebelum
terkena SCAM tersebut?

* N - NAME
* O - OVER PROMISE
* S - SEARCH
* C - CONTACT
* A - ASK
* M - MAKE SURE!

Untuk maklumat lebih banyak sila lawati http://www.irfankhairi.com

11 November 2008

Kita sering mengeluh dengan apa yang kita tak punya, tapi sangat jarang bahkan selalunya tak pernahpun untuk bersyukur dengan apa telah kita miliki. Dikala susah selalunya DIA adalah segala-galaNYA tetapi bila dikala selesa jangankan merintih tapi memohon barang sesat dua pun terlalu berat rasanya.

DIA yang memberi makan ketika kita lapar, memberi keselesaan tika selalunya dalam kesempitan bahkan sering kita lupakan. Tak sepatutnya langsung untuk kita melupaiNYA walau sedetik kerna nikmat yg telah dilimpahinya kepada kita, apalah ada dengan sedikit kesusahan yg menyapa sedangkan nikmatNYA terus mengalir dalam tubuh badan tak pernah henti selagi nafas masih berfungsi.

Oh Tuhan jgn kesampingkanku dalam redha MU...

10 November 2008

Kenapa takut dengan khabar MATI

Bila melihat keluhan ayah dan ibu yang kecewa kerana anaknya dihidangkan dengan vcd tentang alam kematian, alam kubur dalam Buletin Utama TV3 kelmarin, rasa sedih, marah, keliru dan hiba kerana ketika ini cerita kebaikan kebanyakannya seolah menjadi bahan fitnah. Benarlah seperti rasulullah telah menyatakan bahwa nanti akhir zaman sunnahnya akan jadi gharib (asing). Cerita tentang alam kubur dan alam selepas kematian didunia ini sepatutnya tidak menjadi ketakutan dalam diri kita lebih2 lagi dalam mahu mendidik anak, bahkan kita sepatutnya bersyukur dan berterima kasih kerna masih ada yang mahu mengingatkan lagi tentang kematian ini dikala kita semua dilanda dengan kesibukan yang tidak menentu dan di limpahi dengan cerita, gambar, video dan bermacam lagi yang kadang2 langsung tidak membina anak2 kita menjadi orang2 yang boleh diharapkan menjadi anak2 yang baik.

Alangkah baiknya jika anak kita berubah selepas melihat cerita tentang alam kubur, berubah kearah kebaikan berbanding anak yang kita biarkan mereka bersendirian kerana kesibukan kita, ketika itu rakan2 adalah tempat rujuknya dan bahan rujukan mereka adalah perkara yang tiada bermoral langsung yang mana bahan2 tersebut amat mudah didapati dan dilawati diketika ini, oleh kerana itu anak kita berubah juga tetapi kearah yang lebih buruk ah... malangnya kita.

Kenapa kita sebagai ibu bapa kurang melihat semua ini, kita selalu takut bila Islam yang akan terpaut kepada anak kita menyebabkan nanti dia tidak bebas, mengikut zaman, tetapi kita sindrom TIDAK MENGAPA kalau anak2 kita bebas bergaul dengan ramai kawan dan abaikan perkara utama seperti solat lima waktu tetapi yang penting mereka tak lupa pandai balik rumah tempat rehat dan KITA yang memberi makan minum mereka. Hanya itu sahajakah kebaikan yang kita mahu dari anak2 kita? tak lupa kepada kita yang memberi manfaat dunia sedangkan melupakan YANG MAHA PEMILIK segala pemberi manfaat itu lebih utama?

Marilah kita fikirkan.......
Lama tak menulis atas sebab M.A.L.A.S :( sifat yang amat buruk bila ia menyerang seseorang. sebenarnya nak menulis juga takde idea yg baik alih2 copy paste ide orang lain. Satu lagi sikap yg agak kurang bermoral lebih2 lagi kalau mengaku idea tu adalah hasil ciptaannya sendiri tapi hakikatnya adalah copy paste je, ini sudah tak de moral langsung :).

Ramadhan & Syawal telah berlalu kini Zulkaedah dan Zulhijjah, masa utk kita mengenang, menilai diri setakat mana pengorbanan yg telah dilakukan. Pengorbanan kepada agama, masyarakat, diri, keluarga, tmpt kerja dan macam2 lagi. Selalunya kita sering memikirkan kalau kita buat ini apa pengorbanan atau imbuhan yg pasti akan kita perolehi hasil kerja kita itu, tapi kita selalu lupa bahawa kalau kita selalu memberi kita sebenarnya tidak akan rugi, kerana Allah selalu, sentiasa melihat apa yg kita lakukan.

01 Ogos 2008

Terima Kasih Guru & Murid-murid Sek. Keb Bertam Indah




1//8/2008 : jam 4.00 pm. Kami ke sek. keb. Bertam Indah, alhamdulillah walau rasa agak keletihan sedikit tapi bila melihat wajah anak2 yang ceria rasa sangat terubat. Begitulah bersihnya jiwa anak2 ini. Terima kasih juga kpd guru2 yg menyambut, walau x berapa lama kami disini tapi layanannya penuh mesra.

Terima kasih Guru & Murid-murid Sek. keb Tanah Liat




1/8/2008 : jam 9.00 am. Terima kasih atas sambutan yg amat baik dari seluruh guru dan anak2 yang turut serta dalam program motivasi bersama Rabbani.
Anak2 fitrahnya suci dan bersih mudah dibentuk, mudah2an mereka menjadi anak yang soleh dan soleh serta berjaya dalam apa bidang yang diceburi

Perantau Perjuangan



31/7/08 : jam 3.30pm bertolak dari ofis di Menjalara, sempat berhenti solat Asar dirumah Ust Asri diBkt Beruntung, meneruskan perjalanan ke Tg. Malim utk berhenti lagi makan (ni mkn tgh campur petang) di restoran Abuya (terletak berhampiran dgn UPSI) pemiliknya merupakan kenalan amat rapat kami dari zaman sekolah. Elok nak meneruskan pjlnn kena tahan lak oleh pemilik restoran utk menjamu raja buah (apa lagi durian le :)), alhamdulillah rezki jangan ditolak. Meneruskn pjln hanya berhenti di Bkt Semanggul utk solat.
Lbh kurang jam 11.30 sampai di penginapan AnNahdu Inn (hotel Islam baru & agak cantik konsepnya) bertempat di Kubang Semang Bkt Mertajam.
now dh jam 12.30 nak rehat utk kumpul tenaga utk kerja dakwah esok pagi :)

26 Julai 2008

Moga Allah beri kekuatan

Alhamdulillah nampaknya bulan Julai dan Ogos ni aktiviti kami nampaknya agak padat walaupun kadang2 rasa kelelahan yang melampau, tapi mohon Allah kuatkan hati kami demi agamaNYA yang maha suci ini.

24/7/08 : jam 7.00pm, Bersedia di PICC utk acara Anugerah AMIN (Anugerah Media Islam), tahniah kpd semua media yg telah memenangi setiap kategori yg di isytiharkan pada malam tersebut. Jika tanpa bantuan media mungkin dakwah kami tidak berapa lancar.

25/7/08 : jam 2.30am, bertolak ke KB untuk Karnival Halal peringkat negeri Kelantan, t. kasih kpd majalah Aniqah yg membawakan kami kesana.
Jam 8.30, bersedia di dataran Stadium Sultan Muhammad IV KB utk acara perasmian oleh Tuan Guru Dato Seri Haji Nik Abd. Aziz (Menteri Besar Kelantan). alhamdulillah selepas acara perasmian beliau sempat singgah ke gerai Rabbani & Majalah Aniqah.

26/7/08 : jam 12.30am, bertolak pulang ke KL utk acara karnival ilmuan di Sek. Rend. Islam Antarabangsa Gombak.
Jam 8.30, sampai ofis rehat & sempatlah cuci badan mana yg patut utk bersedia menyambung tugas semula.
Jam 10.00am, bertolak ke Sek. Rend. Islam Antarabangsa Gombak.
Jam 10.30am - 11.30am, acara mini konsert & ramah mesra dgn anak2, guru & ibubapa yg hadir.
Jam 1.30pm, balik ofis semula utk solat Zohor (jama' taqdim) dan seterusnya acara meluruskan urat2 dan badan yg hampir keletihan :)

11 Julai 2008

Allahumma Bariklana fi Rajab wa Syaaban waballighna Ramadhan

Ya Allah Berkatkanlah kami dalam bulan Rejab dan Syaaban, dan ketemukanlah (sampaikanlah) kami dengan bulan Ramadhan.

FADILAT BULAN REJAB

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 1 hari pada bulan Rejab seperti puasa 40 tahun dan diberi minum air dari syurga"

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 1 hari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya (sepanjang umurnya)."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 3 hari dalam bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangkan dia ke Neraka (panjangnya setahun perjalanan)"

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Sesiapa berpuasa 3 hari ada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga)seperti dia berpuasa 3,000 tahun,diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya,70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Quran dinaikkan ke langit) 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan,70 hajat ketika berlalu di atas titi Sirotolmustaqim."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 4 hari dalam bulan Rejab akan diafiatkan dia daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar, dan daripada fitnah dajal pada hari Kiamat."

Rasullullah s.a.w. bersabda,
"Puasa 5 hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 6 hari pada bulan Rejab, keluar dari kubur bercahaya mukanya."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 7 hari dalam bulan Rejab akan ditutup daripadanya 7 pintu Neraka."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 8 hari dalam bulan Rejab akan dibuka baginya 8 pintu Syurga."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 9 hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu tidak ditolak dia dari masuk Syurga."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 10 hari pada bulan Rejab, dijadikan 2 sayap, terbang seperti kilat diatas titian Sirotolmustaqim pada hari Kiamat."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 10 hari pada bulan Rejab, Allah akan menjadikan baginya hamparan perhentian di titian Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 15 hari pada bulan Rejab adalah sama seperti berpuasa 100,000 tahun."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga,dan akan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah didalam Syurga."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 19 hari pada bulan Rejab akan dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Ibrahim dan Nabi Adam."

Rasulullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggal daripda umurnya (pembaharuan umur)."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa bulan Rejab, wajib baginya diampunkan dosanya yang lalu, dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal dan terlepas dari dahaga pada hari Kiamat."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa pada awal Rejab,pertengahan dan akhirnya seperti berpuasa sebulan pahalanya"

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebuku roti"

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Sesiapa melapangkan kekeruhan, kesusahan dan kepicikan orang Mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus"

Rasullullah s.a.w. bersabda,
"Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah) diampunkan dosa orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah."

SESUNGGUH NYA KEJAYAAN KITA DUNIA DAN AKHIRAT BERGANTUNG SEJAUH MANA KITA DAPAT MENTAATI PERINTAH ALLAH S.W.T DAN MENGIKUT JEJAK LANGKAH YANG DITUNJUKI OLEH BAGINDA RASUL S.A.W.

25 Jun 2008

Saidina Hamzah Kami Hadir Kerana Mu


Saidina Hamzah Radhiallahu 'anh sungguh pengorbanan mu amat hebat, tempat ini menjadi saksi perjuangan. Demi Allah, Rasul dan agama yang amat suci ini nyawa mu kau jadikan galang ganti untuk mempertahankannya. Tak mampu untuk aku menatap wajah mu nanti dek kerana terlalu banyaknya kekurangan ku, walau bagaimana pun ku mohon pada Allah moga nanti akan direzkikan aku bukan hanya dapat menatap wajah mu bahkan mudah2an dapat bersama2 dengan mu amin..

Indahnya Bila Bersama MU

07 Mei 2008

BILA QURAN BERKATA-KATA



Waktu engkau masih kanak-kanak,

Kau laksanakan, kawan sejatiku.

Dengan wudhuk aku kau sentuh,

Dalam keadaan suci aku kau pegang,

Aku kau junjung dan pelajari,

Aku kau baca dengan suara yang lirih atau pun keras setiap hari.

Setelah selesai, engkau menciumku mesra.

Sekarang engkau sudah dewasa,

Nampaknya kau sudah tidak berminat lagi padaku.

Apakah aku bahan bacaan usang yang tinggal sejarah?

Menurutmu aku bahan bacaan yang tidak menambah pengetahuanmu,

Atau menurutmu aku hanya untuk anak kecil yang belajar mengaji?

Sekarang aku tersimpan rapi sekali,

Sehingga engkau lupa di mana aku di simpan.

Aku sudah engkau anggap hanya pengisi bilik stormu.

Kadang kala aku dijadikan mas kahwin agar engkau di anggap bertaqwa,

Atau aku di buat penangkal untuk menakuti syaitan dan iblis.

Kini aku lebih banyak di singkir, di biarkan dalam kesendirian, kesepian.

Di dalam almari, di dalam laci aku engkau pendamkan.

Dulu pagi-pagi, surah-surah yang ada padaku engkau baca beberapa halaman.

Di waktu petang, aku kau baca beramai-ramai bersama temanmu di surau.

Sekarang seawal pagi sambil meminum kopi, engkau baca suratkhabar dahulu.

Waktu lapang, engkau membaca buku karangan manusia.

Sedangkan aku, yang berisi ayat-ayat yang datang dari Allah Azzajawalla,

Engkau abaikan dan engkau lupakan.

Waktu berangkat ke kerja pun, engkau lupa baca pembuka surahku. (Bismillah)

Di dalam perjalanan, engkau lebih asyik menikmati muzik duniawi.

Tidak ada CD yang berisi ayat Allah s.w.t. yang terdapat di dalam keretamu.

Sepanjang perjalanan, radiomu selalu tertuju ke stesen radio kesukaanmu.

Mengasyikkan.

Di meja kerjamu, tidak ada aku untuk kau baca sebelum kau mula bekerja.

Di komputermu pun, kau putar muzik kegemaranmu.

Jarang sekali engkau putar ayat-ayat Allah s.w.t.

Emel temanmu, yang ada ayat-ayat Allah s.w.t. pun kau abaikan.

Engkau terlalu sibuk dengan urusan duniamu.

Benarlah dugaanku, bahawa engkau kini sudah benar-benar hampir melupaiku.

Bila malam tiba, engkau tahan bersekang mata berjam-jam di depan televisyen.

Menonton siaran televisyen.

Di depan komputer engkau betah duduk,

Hanya sekadar membaca berita murahan dan gambar sampah.

Waktu pun cepat berlalu.

Aku semakin kusam di dalam laci-laci mu,

Mengumpul debu, atau mungkin di makan hama.

Seingat ku, hanya awal Ramadhan kau membacaku kembali,

Itupun hanya beberapa lembar dariku.

Dengan suara dan lafadz yang tidak semerdu dulu,

Engkau pun kini merangkak-rangkak ketika membaca ku.

Atau pun, waktu kematian saudara atau taulan mu.

Bila engkau di kubur sendirian menunggu sehingga kiamat tiba,

Engkau akan di periksa oleh malaikat suruhanNya.

Apakah TV, radio, hiburan atau komputer dapat menolong mu?

Yang pasti, ayat-ayat Allah s.w.t. yang ada padaku menolongmu.

ITU JANJI TUHANMU, ALLAH S.W.T.

Sekarang, engkau begitu enteng membuang waktumu.

Setiap saat berlalu dan akhirnya,

Kubur yang setia menunggumu,

Engkau pasti kembali, kembali pada Tuhanmu.

Jika aku, kau baca selalu dan engkau hayati,

Di kubur mu nanti,

Aku akan datang sebagai pemuda gagah nan tampan,

YANG AKAN MEMBANTU ENGKAU MEMBELA DIRIMU,

Dalam perjalanan ke alam akhirat.

DAN AKU LAH “AL-QUR’AN”, KITAB SUCIMU,

YANG SENANTIASA SETIA MENEMANI DAN MELINDUNGIMU.

Peganglah aku kembali, bacalah aku kembali setiap hari.

Kerana ayat-ayat yang ada padaku adalah ayat-ayat suci.

Yang berasal dari Allah Azzajawalla,

Tuhan Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Yang disampaikan oleh Malaikat Jibril melalui Rasulmu.

Keluarkan lah aku segera dari almari, lacimu.

Letakkan aku selalu di depan meja kerjamu,

Agar engkau senantiasa mengingati Tuhanmu.

Sentuhilah aku kembali,

Baca dan pelajari lah aku lagi.

Setiap datangnya pagi, petang dan malam hari walaupun secebis ayat.

Seperti dulu, sewaktu engkau masih kecil,

Di surau kecil kampungmu yang damai.

JANGAN engkau biarkan aku sendiri.

15 April 2008

Moga Terus Maju


Baru-baru ini sempat saya dan rakan2 meluangkan masa atas jemputan Abg Amy Search sendiri kemajlis kesyukuran & pelancaran pembukaan Cheng Ho Chinese Islamic Seafood Restaurant di D'Wangsa, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
Dibuka kepada umum sejak 7 April lalu, restoran yang menyediakan variasi pilihan makanan Cina, memulakan operasinya pada waktu makan tengah hari hingga menjelang tengah malam. Ditangani dua tukang masak berpengalaman, Amy berkata, konsep yang diketengahkan restoran itu mempunyai kenangan peribadi kepadanya apatah lagi hiasan dalaman adalah cetusan idea terakhir, Allahyarham Jalil Ngah.
Yang pastinya memang makanannya enak2 dan hiasan dalaman restorannya juga menarik walaupun simple, kami doakan moga perniagaan Abg Amy ini akan terus kukuh dan berkembang maju lagi.

12 April 2008

Beratnya amanah

Bila kita hidup bermasyarakat, kita di sarankan mesti ambil tahu hal masyarakat kita dalam apa jua hal seperti mana Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Mukmin yang mencampuri manusia dan bersabar atas penyiksaan mereka adalah lebih mulia daripada mukmin yang tidak bercampur dengan manusia dan tidak bersabar atas penyiksaan mereka." Sering bersama dengan masyarakat bukan bermakna kita juga mesti dilantik somebody dikalangan mereka, tetapi bila sudah terlantik atau dilantik maka jalankanlah amanah tersebut dengan sebaik2nya kerana itu nanti akan Allah tanya diAkhirat kelak.

10 April 2008

Sup Tulang Merah di Singapura


subhanallah kalau nak tau rasanya macamana memang kena cari bila anda ke Singapura, difahamkan kat KL pun dah ada tapi x tau kat mana. Apapun bagi yang ada masalah kesihatan tu jgn bedal byk2 sangat nanti jadi lain pulak :).

Majlis cukur jambul anak-anak kembar ku






Suasana majlis cukur jambul anak2ku yg dibuat di surau Abd. Rahman Auf Subang Impian, terima kasih kepada seluruh jiran2 yang banyak membantu menjayakan majlis bersama pada hari tersebut, juga kepada sahabat2ku dari kumpulan Rabbani yg sudi bertandang keteratak ku ini. Moga kehadiran dan bantuan kalian sekelian menambahkan keberkatan hidup anak2ku. amin..