22 Ogos 2013


Setelah agak lama membiarkan kamar ini sunyi sangat lama, insyaAllah akan ku cuba memeriahkan kembali :). Moga Allah beri ilham yang baik utk dinukilkan disini. Mahu memulakan perkongsian disini dengan ingatan ini Ingatan utk diri sendiri juga ni.... Antara masa kerja mencari gaji dan masa demi anak2. ... Kalau dulu, ayah je.. Tp skrg, kdg2 isteri pun blk lewat... Anak2 redha di tempat org... Belajar, bermain... Riang... Kongsi makan dan kongsi penyakit... xpe, KLINIK ADA!! Sepanjang di tempat kerja, anak2 di rumah pengasuh/taska rindu kat kita... Rindu ayah... Rindu mama.. Tp... Nak ckp rindu x reti... Nak tulis surat, xreti gak... Jadi, bila kita ambil anak jam 6:00 ptg, diulang, 6:00 ptg, saat anak nampak mama dan ayah dia, anak kita tekad... Dia nak mama tgk dia... Nak ayah dukung, peluk dia... Dia buat perangai... Nak makan sndri... Nak itu... Nak ini... Nak dukung... Tumpah air.. Kerna hanya bahasa PROTES dan BUAT PERANGAI shj yg anak2 tahu utk bgtau yg... "Mama saya rindu n sayang sgt kat mama..." TAPI..... Apa kita buat... Bila anak2 bising... Kita marah... Bila anak2 main... Kita herdik... Dia nangis, kita jerit "DIAM!!!!" Dia suruh ajar... Kita jawab "AYAH NAK TGK TV, FAHAM!!!!" Dia tumpahkan makanan/air kita tengking seolah2 dia sudah cukup matang... Sedih hati seorg anak yg rindu mama... Yg rindu abah... Yg rindu pelukan ibu... Rindu dukungan abi... Apakah duit boleh ganti kasih sayang? Apakah jus tok guru boleh ganti suapan kasih sayang? Apakah mainan berlambak2 boleh ganti saat bergurau senda sesama keluarga? Apakah masing2 makan kat luar boleh ganti nilai makan bersama... Fikir sahabat... Fikir teman2... Fikir ayah ibu yg mulia.. Ingatan bersama...

21 Februari 2012

Selamat bertemu kembali

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Setelah meninggalkan ruang ini terlalu lama kira2 dua tahun lebih juga, teringin nak mula kembali berjinak-jinak kembali mengaktifkan jari jemari ku yang tak berapa lembut ni utk ruang ini :). insyaAllah akan cuba ku lampirkan nanti beberapa peristiwa yang mungkin boleh dikongsikan bersama, mungkin jika ada teladannya ambillah, namun jika tidak dan jauh menyimpang dari landasan biarkan saja ia lapuk disini :).

Bertemu lagi nanti insyaAllah.

04 September 2009

Perginya seorang sahabat yang sangat menyayangi sahabat2 yg lain.

Ya Allah kau telah ambil sahabatku ini, dia selalunya menjadi tempat rujukku bila ku sering keluh kesah, kerana dia adalah pendengar yg sangat baik dan tak pernah menyelongkar keburukan orang lain.

Teman, benar subuh 13/8/09 ada Subuh Yang Terakhir mu sebelum kau gugur Pergi Tak Kembali dalam medan juang kita, itu tarbiah lisanul hal terakhirmu pada kami apa yg berlaku pada diripun kau utamakan kehendak agama kerana itu adalah Sunnah Orang Berjuang yang ada padamu.

Ya Allah damailah dia disana, Kau tempatkannya bersama syuhada yg gugur dimedan juang.
Kau kuatkan lah kami utk terus memikul amanah yg ditinggalkan ini.

14 Julai 2009

Lihatlah Apa Yang Ada Pada Diri

Bahgianya hidup kalau semua orang menghargai kita, juga bahgianya lah kalau semua apa yang kita mahukan dapat kita perolehi. Itulah yang selalu melintas di akal fikiran kita.

Selalunya kita tertipu dengan apa yang kita pandang kerana kita memandang bukan dengan mata hati, orang yang memandang dengan mata hati tak kan tertipu, sebagai contoh bila kita melihat seseorang yang kita kenali atau pun tidak, kelihatan dimata kepala kita orang tersebut bahgia dengan kehidupan yang dilaluinya dan kita selalunya akan menyatakan dalam hati kita alangkah bahgianya dan beruntungnya bila aku juga dapat seperti dia, itulah kita.

Tetapi kita mungkin tidak menyedari bahwa mungkin juga dimasa yang sama orang yang kita lihat tersebut menyatakan perkara yang sama bila melihat kita. Sebab itu bersyukurlah dengan apa yang telah kita ada, kerana bukan semua yang kita ada, ada juga pada orang lain.

Bila kita pandai menghargai kurniaan pasti kita akan mendapat penghargaan dari Tuhan. Walaubagaimanapun berbuatlah bukan untuk dihargai supaya tak kecewa nanti.

Wallahua'lam.

04 Julai 2009

Harga diri adalah pada sebuah kesetiaan

Disebuah pekan kecil di Switzerland terdapat sebuah tugu seekor anjing di sebuah stesen kereta api. Pasti ada cerita menarik disitu.

Pada suatu hari, tuan anjing bersama anjingnya keluar dari rumah dalam kedinginan mereka menuju ke stesen kereta api tersebut. Hari itu tuannya terpaksa meninggalkan anjingnya sedang dia terpaksa keluar ke pekan lain atas satu urusan.

Sebaik sahaja kereta api sampai, tuannya mengusap-usap anjingnya dan dengan penuh manja seperti biasa anjing menjilat-jilat tuannnya. Tuannya berangkat dan berlalu pergi bersama kereta api yang menjalar di atas landasan pejal meninggalkan anjingnya di belakang.

Apabila sampai ke pekan yang dituju, tuannya diserang sakit mengejut. Penyakit yang membawa kepada kematian lalu jenazahnya disemadikan di sana.

Keesokannya seperti semalam, anjing ini keluar dalam kedinginan menunggu dengan penuh setia tuannya di stesen. Apabila kereta api sampai, ia menyalak-nyalak dan melompat kegembiraan. Ia duduk bertentangan dengan pintu gerabak, apabila pintu dibuka namun tidak menemui wajah tuannya. Kereta api kemudian berlalu pergi membelah hari dan dengan sugul ia mengatur langkah pulang.

Keesokannya ia datang lagi buat menunggu tuannya dengan penuh setia. Begitulah hari-hari yang mendatang ia ke stesen tersebut. Ia datang dengan melompat-lompat riang sambil menyalak-nyalak di sekeliling stesen kegembiraan. Apabila kereta api sampai sambil menahan nafas bagi meledakkan rasa menerkam dan menjilat manja, tuannya pula akan mengusap-usap kepalanya. Penumpang seperti biasa melangkah keluar seorang demi seorang namun tidak ada wajah tuannya. Dengan wajah sugul dan tertunduk pilu ia melangkah longlai berlalu pulang meninggalkan stesen.

Ia tekun mengulang perkara yang sama setiap hari selama bertahun-tahun, musim berlalu silih berganti. Ia tetap menyalak riang sebelum kereta api datang dan kemudian pulang dengan sugul, namun di manakah tuannya?

Sehinggalah anjing itu tua, ia hanya duduk mundar mandir disekitar stesen namun masih tetap setia menunggu tuannya pulang. Dia kemudiannya tidak kemana-mana hanya mampu berbaring lemah dengan wajah penuh sayu, menanti dan terus menanti. Panjang sungguh episod dukanya. Dalam nafas-nafas terakhir dia masih setia menunggu di tempat yang sama tuannya membelai buat kali teakhir, disuatu masa yang lampau. Di stesen itu akhirnya dia menemui ajal, pada sebuah penantian yang tiada noktah.

Begitulah setianya seekor anjing. Pihak stesen yang merakamkan kisah ini membina sebuah tugu sebagai lambang sebuah kesetiaan.

Bila melihat kisah ini benarlah apa yang telah disampaikan oleh Saidina Ali : "Aku belajar tentang Taqwa daripada kesetiaan seekor anjing kepada tuannya."

Alangkah malunya kita bila kita dibandingkan kita sebagai manusia dengan Allah dan antara seekor anjing dengan tuannya. Lihatlah bagaimana seekor anjing dilayan. Tuan anjing hanya memberinya makan di bawah meja, tidur pula di ruang asing di luar rumah. Ketika hujan turun tempiasnya membasahi anjing lalu mengigil kesejukan.
Satu-satunya kelebihannya ialah dia sedar bahawa dia bukan anjing jalanan yang tidak bertuan. Itu sahaja! Namun seekor anjing tetap setia kepada tuannya.

Sedangkan kita sebagai manusia bukan menerima makanan lebih di dunia ini, bukan menumpang di rumah asing, sebaliknya kita menguasai dunia ini. begitu banyak kurniaan Allah kepada kita sehinggakan para malaikat memberikan tuduk hormat pada hari pertama kejadian kita.

Begitu besar apa yang telah kita terima dari Allah. Tetapi malangnya kita masih belum mampu untuk setia kepada-Nya. Apakah yang ada pada seekor anjing sehingga mempunyai nilai kesetiaan yang tidak terkalahkan ini?

Dalam jalinan perhubungan seharian, nilai tertinggi adalah kesetiaan. Lihatlah kepada
pasangan suami isteri, apakah ikatan teras kepada ikatan mereka kalau bukan kesetiaan?

Apakah akan terjadi bila tiada kesetiaan?

Masih adakah hubungan?

Kekayaan dan kesenangan mungkin tiada, termasuklah luput kegembiraan atau apa sahaja
termasuk yang paling didambakan iaitu kasih sayang, mereka masih tetap bersama selagi masih ada kesetiaan!

Begitulah tingginya nilai kesetiaan. Dan kesetiaan yang paling asas adalah kepada Allah yang menjaga kebajikan kita.

Wallahua'alam.

(Petikan dari buku U-turn Ke Jalan Lurus Oleh Ust. Zul Ramli M. Razali terbitan Galeri Ilmu Sdn. Bhd.)

03 Julai 2009

Bersederhanalah...

Kadang-kadang bukan semua yang ada ditangan adalah kita punya, banyak kemungkinan kadang-kadang ia juga adalah hak org lain. Kita mungkin hanya perantara utk disampaikan kepada orang yang lebih berhak.

Itulah rezki, yg dinamakan rezki kita adalah apa yg kita makan dan pakai selebih tu belum pasti walaupun masih ditangan kita. Oleh itu bersyukurlah dengan apa yg telah Allah kurniakan, moga apa yg ada sentiasa diberkati walau sedikit, daripada banyak tapi menyesakkan jiwa dan kepala, hingga kita jadi merencana banyak perkara yang tidak perlu dalam diri kita pun akan diada-adakan, akhirnya bila sudah berlebihan akan menjadi beban dan lebih parah menjadi hutang yg tidak mampu dibayar semula.

Kita perlu bersederhana dalam hidup, bila berlebihan pasti akan menjadi masalah dikemudian hari.