11 November 2008

Kita sering mengeluh dengan apa yang kita tak punya, tapi sangat jarang bahkan selalunya tak pernahpun untuk bersyukur dengan apa telah kita miliki. Dikala susah selalunya DIA adalah segala-galaNYA tetapi bila dikala selesa jangankan merintih tapi memohon barang sesat dua pun terlalu berat rasanya.

DIA yang memberi makan ketika kita lapar, memberi keselesaan tika selalunya dalam kesempitan bahkan sering kita lupakan. Tak sepatutnya langsung untuk kita melupaiNYA walau sedetik kerna nikmat yg telah dilimpahinya kepada kita, apalah ada dengan sedikit kesusahan yg menyapa sedangkan nikmatNYA terus mengalir dalam tubuh badan tak pernah henti selagi nafas masih berfungsi.

Oh Tuhan jgn kesampingkanku dalam redha MU...

10 November 2008

Kenapa takut dengan khabar MATI

Bila melihat keluhan ayah dan ibu yang kecewa kerana anaknya dihidangkan dengan vcd tentang alam kematian, alam kubur dalam Buletin Utama TV3 kelmarin, rasa sedih, marah, keliru dan hiba kerana ketika ini cerita kebaikan kebanyakannya seolah menjadi bahan fitnah. Benarlah seperti rasulullah telah menyatakan bahwa nanti akhir zaman sunnahnya akan jadi gharib (asing). Cerita tentang alam kubur dan alam selepas kematian didunia ini sepatutnya tidak menjadi ketakutan dalam diri kita lebih2 lagi dalam mahu mendidik anak, bahkan kita sepatutnya bersyukur dan berterima kasih kerna masih ada yang mahu mengingatkan lagi tentang kematian ini dikala kita semua dilanda dengan kesibukan yang tidak menentu dan di limpahi dengan cerita, gambar, video dan bermacam lagi yang kadang2 langsung tidak membina anak2 kita menjadi orang2 yang boleh diharapkan menjadi anak2 yang baik.

Alangkah baiknya jika anak kita berubah selepas melihat cerita tentang alam kubur, berubah kearah kebaikan berbanding anak yang kita biarkan mereka bersendirian kerana kesibukan kita, ketika itu rakan2 adalah tempat rujuknya dan bahan rujukan mereka adalah perkara yang tiada bermoral langsung yang mana bahan2 tersebut amat mudah didapati dan dilawati diketika ini, oleh kerana itu anak kita berubah juga tetapi kearah yang lebih buruk ah... malangnya kita.

Kenapa kita sebagai ibu bapa kurang melihat semua ini, kita selalu takut bila Islam yang akan terpaut kepada anak kita menyebabkan nanti dia tidak bebas, mengikut zaman, tetapi kita sindrom TIDAK MENGAPA kalau anak2 kita bebas bergaul dengan ramai kawan dan abaikan perkara utama seperti solat lima waktu tetapi yang penting mereka tak lupa pandai balik rumah tempat rehat dan KITA yang memberi makan minum mereka. Hanya itu sahajakah kebaikan yang kita mahu dari anak2 kita? tak lupa kepada kita yang memberi manfaat dunia sedangkan melupakan YANG MAHA PEMILIK segala pemberi manfaat itu lebih utama?

Marilah kita fikirkan.......
Lama tak menulis atas sebab M.A.L.A.S :( sifat yang amat buruk bila ia menyerang seseorang. sebenarnya nak menulis juga takde idea yg baik alih2 copy paste ide orang lain. Satu lagi sikap yg agak kurang bermoral lebih2 lagi kalau mengaku idea tu adalah hasil ciptaannya sendiri tapi hakikatnya adalah copy paste je, ini sudah tak de moral langsung :).

Ramadhan & Syawal telah berlalu kini Zulkaedah dan Zulhijjah, masa utk kita mengenang, menilai diri setakat mana pengorbanan yg telah dilakukan. Pengorbanan kepada agama, masyarakat, diri, keluarga, tmpt kerja dan macam2 lagi. Selalunya kita sering memikirkan kalau kita buat ini apa pengorbanan atau imbuhan yg pasti akan kita perolehi hasil kerja kita itu, tapi kita selalu lupa bahawa kalau kita selalu memberi kita sebenarnya tidak akan rugi, kerana Allah selalu, sentiasa melihat apa yg kita lakukan.