13 Januari 2009

Dapatkan Album Baru dengan signature Rabbani


Agak lama untuk kami merealisasikan album ini, walaupun permintaan dari teman2 dan peminat Nadamurni dulu telah lama disuarakan, kini album tersebut telah berada dipasaran, moga ia mengubat kerinduan pada lagu2 dulu :).

Album ini memuatkan 10 lagu yang dirakam semula, walaubagaimana pun masih mood Nadamurni tu ada lagi kerna kami tak mahu keasliannya hilang.

Track lagu
1. Bila Nur Melimpah Di Hati
2. Ibu Mithali
3. AlHijratu
4. Sunnah Berjuang
5. Sifat 20
6. Nun Di Sana
7. Indahnya Hidup bersama Ilahi
8. Mana Milik Kita
9. Jasa Petani
10. Ayyu Zikra

Dapatkan cd tersebut dipasaran sekarang atau anda boleh beli terus melalui saya (pastinya anda akan dapat signature anggota Rabbani) dengan harga RM 24.90 + RM2.00 kos pos = RM26.90. Caranya bank in kedalam akaun Maybank saya Mohd Asri b. Baidul no acc : 164276008675, selepas bank in sila maklumkan dgn sms bahawa anda telah bank in wang dan sertakan sekali nama & alamat lengkap anda ke talian 0192761557, selepas itu insyaallah album akan sampai ke alamat anda dalam masa 5 hari bekerja.

Jumpa lagi.

Israel Jahanam!!!

Agak lama menyepi :(, tekanan demi tekanan kadang2 menjadikan kita hilang mood utk menulis. Ah terasa malu sendiri kerana kalau pejuang, tekanan bagaimanapun ia tak akan mematahkan semangat utk terus berjuang :).

Permulaan 2009 yang agak menyentapkan kita dengan kebiadapan Israel yang sewenang2 mengganyang saudara se Islam kita, dengan alasan yang tidak munasabah. Tak dapat dibayangkan jika ianya berlaku di bumi kita yang tercinta ini, apakah kita akan dapat bertahan seperti mereka. Palestin telah ditindas dibumi sendiri begitu lama, bagi mereka kehilangan saudara mara adalah perkara biasa dan mereka bangga kerana kehilangan saudara mereka adalah untuk mempertahankan tanah bumi mereka sendiri, kita... apa yang mahu dibanggakan kalau hanya berpeluk tubuh.
Bantulah mereka dengan apa cara sekali pun meskipun dengan hanya sesaat doa jika hanya itulah mungkin yg boleh kita usahakan.

Terlalu banyak cara untuk kita membantu saudara kita di Palestin dan menghancurkan musuh kita Israel dan Amerika, salah satunya kita mesti memboikot segala produk Israel dan penajanya Amerika, mari kita mulakan dengan sepenuh hati dengan keyakinan yg teguh bahawa produk kita adalah baik bahkan mungkin lebih baik dari produk mereka, jangan malu untuk memulakan ini, walaupun dengan usaha ini nanti implikasinya juga akan ada, tetapi disini kita yakinkan diri kita sekali lagi bahawa segala rezki adalah dari Allah bukan dari Amerika dan lebih-lebih lagi Israel zionis LAKNATULLAH.

Ayuh mari kita mulakan dari keluarga kita dulu seterusnya masyarakat kita dan mudah2an usaha ini akan seragam dilaksana oleh semua pelusuk dunia yang membenci kekejaman mereka. HANCUR ISRAEL!!!