07 Mei 2008

BILA QURAN BERKATA-KATA



Waktu engkau masih kanak-kanak,

Kau laksanakan, kawan sejatiku.

Dengan wudhuk aku kau sentuh,

Dalam keadaan suci aku kau pegang,

Aku kau junjung dan pelajari,

Aku kau baca dengan suara yang lirih atau pun keras setiap hari.

Setelah selesai, engkau menciumku mesra.

Sekarang engkau sudah dewasa,

Nampaknya kau sudah tidak berminat lagi padaku.

Apakah aku bahan bacaan usang yang tinggal sejarah?

Menurutmu aku bahan bacaan yang tidak menambah pengetahuanmu,

Atau menurutmu aku hanya untuk anak kecil yang belajar mengaji?

Sekarang aku tersimpan rapi sekali,

Sehingga engkau lupa di mana aku di simpan.

Aku sudah engkau anggap hanya pengisi bilik stormu.

Kadang kala aku dijadikan mas kahwin agar engkau di anggap bertaqwa,

Atau aku di buat penangkal untuk menakuti syaitan dan iblis.

Kini aku lebih banyak di singkir, di biarkan dalam kesendirian, kesepian.

Di dalam almari, di dalam laci aku engkau pendamkan.

Dulu pagi-pagi, surah-surah yang ada padaku engkau baca beberapa halaman.

Di waktu petang, aku kau baca beramai-ramai bersama temanmu di surau.

Sekarang seawal pagi sambil meminum kopi, engkau baca suratkhabar dahulu.

Waktu lapang, engkau membaca buku karangan manusia.

Sedangkan aku, yang berisi ayat-ayat yang datang dari Allah Azzajawalla,

Engkau abaikan dan engkau lupakan.

Waktu berangkat ke kerja pun, engkau lupa baca pembuka surahku. (Bismillah)

Di dalam perjalanan, engkau lebih asyik menikmati muzik duniawi.

Tidak ada CD yang berisi ayat Allah s.w.t. yang terdapat di dalam keretamu.

Sepanjang perjalanan, radiomu selalu tertuju ke stesen radio kesukaanmu.

Mengasyikkan.

Di meja kerjamu, tidak ada aku untuk kau baca sebelum kau mula bekerja.

Di komputermu pun, kau putar muzik kegemaranmu.

Jarang sekali engkau putar ayat-ayat Allah s.w.t.

Emel temanmu, yang ada ayat-ayat Allah s.w.t. pun kau abaikan.

Engkau terlalu sibuk dengan urusan duniamu.

Benarlah dugaanku, bahawa engkau kini sudah benar-benar hampir melupaiku.

Bila malam tiba, engkau tahan bersekang mata berjam-jam di depan televisyen.

Menonton siaran televisyen.

Di depan komputer engkau betah duduk,

Hanya sekadar membaca berita murahan dan gambar sampah.

Waktu pun cepat berlalu.

Aku semakin kusam di dalam laci-laci mu,

Mengumpul debu, atau mungkin di makan hama.

Seingat ku, hanya awal Ramadhan kau membacaku kembali,

Itupun hanya beberapa lembar dariku.

Dengan suara dan lafadz yang tidak semerdu dulu,

Engkau pun kini merangkak-rangkak ketika membaca ku.

Atau pun, waktu kematian saudara atau taulan mu.

Bila engkau di kubur sendirian menunggu sehingga kiamat tiba,

Engkau akan di periksa oleh malaikat suruhanNya.

Apakah TV, radio, hiburan atau komputer dapat menolong mu?

Yang pasti, ayat-ayat Allah s.w.t. yang ada padaku menolongmu.

ITU JANJI TUHANMU, ALLAH S.W.T.

Sekarang, engkau begitu enteng membuang waktumu.

Setiap saat berlalu dan akhirnya,

Kubur yang setia menunggumu,

Engkau pasti kembali, kembali pada Tuhanmu.

Jika aku, kau baca selalu dan engkau hayati,

Di kubur mu nanti,

Aku akan datang sebagai pemuda gagah nan tampan,

YANG AKAN MEMBANTU ENGKAU MEMBELA DIRIMU,

Dalam perjalanan ke alam akhirat.

DAN AKU LAH “AL-QUR’AN”, KITAB SUCIMU,

YANG SENANTIASA SETIA MENEMANI DAN MELINDUNGIMU.

Peganglah aku kembali, bacalah aku kembali setiap hari.

Kerana ayat-ayat yang ada padaku adalah ayat-ayat suci.

Yang berasal dari Allah Azzajawalla,

Tuhan Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Yang disampaikan oleh Malaikat Jibril melalui Rasulmu.

Keluarkan lah aku segera dari almari, lacimu.

Letakkan aku selalu di depan meja kerjamu,

Agar engkau senantiasa mengingati Tuhanmu.

Sentuhilah aku kembali,

Baca dan pelajari lah aku lagi.

Setiap datangnya pagi, petang dan malam hari walaupun secebis ayat.

Seperti dulu, sewaktu engkau masih kecil,

Di surau kecil kampungmu yang damai.

JANGAN engkau biarkan aku sendiri.

15 April 2008

Moga Terus Maju


Baru-baru ini sempat saya dan rakan2 meluangkan masa atas jemputan Abg Amy Search sendiri kemajlis kesyukuran & pelancaran pembukaan Cheng Ho Chinese Islamic Seafood Restaurant di D'Wangsa, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
Dibuka kepada umum sejak 7 April lalu, restoran yang menyediakan variasi pilihan makanan Cina, memulakan operasinya pada waktu makan tengah hari hingga menjelang tengah malam. Ditangani dua tukang masak berpengalaman, Amy berkata, konsep yang diketengahkan restoran itu mempunyai kenangan peribadi kepadanya apatah lagi hiasan dalaman adalah cetusan idea terakhir, Allahyarham Jalil Ngah.
Yang pastinya memang makanannya enak2 dan hiasan dalaman restorannya juga menarik walaupun simple, kami doakan moga perniagaan Abg Amy ini akan terus kukuh dan berkembang maju lagi.

12 April 2008

Beratnya amanah

Bila kita hidup bermasyarakat, kita di sarankan mesti ambil tahu hal masyarakat kita dalam apa jua hal seperti mana Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Mukmin yang mencampuri manusia dan bersabar atas penyiksaan mereka adalah lebih mulia daripada mukmin yang tidak bercampur dengan manusia dan tidak bersabar atas penyiksaan mereka." Sering bersama dengan masyarakat bukan bermakna kita juga mesti dilantik somebody dikalangan mereka, tetapi bila sudah terlantik atau dilantik maka jalankanlah amanah tersebut dengan sebaik2nya kerana itu nanti akan Allah tanya diAkhirat kelak.

10 April 2008

Sup Tulang Merah di Singapura


subhanallah kalau nak tau rasanya macamana memang kena cari bila anda ke Singapura, difahamkan kat KL pun dah ada tapi x tau kat mana. Apapun bagi yang ada masalah kesihatan tu jgn bedal byk2 sangat nanti jadi lain pulak :).

Majlis cukur jambul anak-anak kembar ku






Suasana majlis cukur jambul anak2ku yg dibuat di surau Abd. Rahman Auf Subang Impian, terima kasih kepada seluruh jiran2 yang banyak membantu menjayakan majlis bersama pada hari tersebut, juga kepada sahabat2ku dari kumpulan Rabbani yg sudi bertandang keteratak ku ini. Moga kehadiran dan bantuan kalian sekelian menambahkan keberkatan hidup anak2ku. amin..